skip to main | skip to sidebar

POLITIK SEMASA

ANTARA KUASA POLITIK DAN KUASA UNDANG-UNDANG Koleksi Khas Oleh Cikgu Saidi Liasan

  • ARKITEK PENDIDIKAN NEGARA

MAKLUMAN

Maklumat dan artikel yang menjadi koleksi dalam blog ini di petik daripada berbagai sumber dan dijadikan sebagai rujukan dan atas pertimbangan pembaca untuk menentukan kesahihannya berdasarkan hasli tulisan penulis berkenaan sama ada secara pandangan,ulasan fakta dan bukan fakta.

kandungan blog ini akan sentiasa berubah dan bertambah mengikut keperluan maklumat terkini.

BAHTERA UMNO/BN TEWAS DI LAUTAN

PRU14 pada 9 Mei 2018 telah menghukum kerajaan UMNO/BN...Bahtera belayar meredah ribut dan ombak membadai,patah tiang layar kapal hilang haluan akhirnya karam dan penyudahnya tenggalam nakhoda dan anak-anak kapal tercungap-cungap timbul tenggelam bertarung nyawa terus berenang mencari daratan terdekat.Kesempatan hidup yang ada memberikan ikhtibar dan kesedaran bagi mereka memikirkan dan bermuhasabah diri betapa bahayanya petaka kuasa nakhoda yang diseleweng.

ALLAH TIDAK TERIMA AMAL PENDERMA!

Saidi Liasan
Saidi Liasan Soal derma ikhlas kerana Allah ada cara pengurusannya dan perlu betul di atas landasannya.Jika penderma ikhlas itu memberikan derma kepada kerajaan Malaysia atas sebab kebolehtadbirannya mencemerlangkan pengurusan hal Islamiah dan kejayaan membenteras kegiatan IS dan anasir berkaitan keagamaan maka hasil derma itu harus dan patut dikongsi bersama rakyat malaysia.Sebarang kejayaan didatangkan secara keseluruhan rakyat dan bukan bergantung kepada hanya seorang.Jika Najib rahsiakan hasil derma pengiktirafan kepada kerajaan maka Najib tidak landaskan kepada hukum agama dan Tuhan tidak terima amalan dua pihak itu.

PENDERMA BERAMAL ATAU MERASUAH?

Saidi Liasan
Saidi Liasan Jelas sekali rakyat 1 Malaysia dipermain,ditipu dan undang-undang amat lemah mendekati Najib yang begitu ketara menyeleweng dana untuk parti hanya ditutup dengan kehendak penderma RM2.6b harus dan mesti dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.Maknanya penderma membeli Najib dan kuasanya sebagai PM bukan memberikan derma ikhlas di atas penghargaan kejayaan kerajaan Malaysia menyubur kegiatan Islamiah di negara ini dan juga kecemerlangan kerajaan membenteras kegiatan anasir berkaitan Islam terutama pelampau IS.Alang-alang juga penderma itu beramal menderma hanya seorang iaitu kepada Najib dan bukan kepada keseluruhan rakyat malaysia.Masih lagi rakyat menerima songeh dan putar belit pembohongan najib.

NAJIB PECAH AMANAH

Saidi Liasan
6 min ·
Isu RM2.6b itu daripada seorang penderma OK Baik rakyat terima,Isu RM2.6b itu bukan rasuah OK baik rakyat terima SOALNYA Najib pecah amanah,menipu dan membohongi ahli parti dan rakyat.Soalnya ahli parti tidak ada memberikan kuasa atau amanah kepada Najib untuk mengizinkan supaya wang parti boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.SOALNYA Najib sendiri tahu bahawa wang untuk parti mesti masuk ke dalam akaun parti di sinilah Najib telah melakukan kesalahan dan dosa besar,SOALNYA Najib tidak mengisytiharkan kemasukan RM2.6b sebagai wang untuk parti.SOALNYA Najib tidak memberikan jawapan dan kenyataan apabila ditanya oleh ahlinya RM2.6b tambah wang semasa parti dan tolak perbelanjaan parti,satu keperluan dan hak ahli untuk nak tahu baki wang semasa parti.Najib gagal M3 dan marah pula hingga memecat TPM,Shafie Afdal dan ketua hakim negara.

JANGAN MAIN TAPUK BA NAJIB

Pakar anti korupsi: Tiada guna berselindung, Najib

Published on 03 September 2015 15:31 756 view

Ahli Majlis, Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Michael Hershman menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berterus terang mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank pribadinya.

NAJIB KOTOR

NAJIB PENGECUT TIADA LOLOI

APA JUGA ALASAN MENGAPA NAJIB TIDAK MENGHADIRI PERSIDANGAN ANTI RASUAH NAJIB TETAP NAJIB YANG PENAKUT,PEMBOHONG DAN PENIPU PARTI DAN RAKYAT.NAJIB PENGECUT,NAJIB HARUS DAN SEPATUTNYA MENJADIKAN PERSIDANGAN INI SEBAGAI PENTAS MENYATAKAN PENDIRIANNYA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BERINTEGRITI,BERADA DIPIHAK YANG BENAR DAN TIDAK BERSALAH KE ATAS TUDUHAN DAN TOHMAHAN SESETENGAH PIHAK YANG JAHAT AGENDANYA.NAJIB IKUT NASIHAT DAN TELUNJUK ORANG LAIN UNTUK MENENTUKAN KEPUTUSAN,NAJIB TIDAK BEKERJA DI ATAS KEPERIBADIANNYA SEBAGAI PEMIMPIN DAN PERDANA MENTERI.KALAU NAJIB BERINTEGRITI APA MAHU TAKUT?NAJIB JADIKAN MALAYSIA BAHAN TERTAWA DUNIA LUAR SANA....

WAJAR ATAU GIMIK

Saidi Liasan
pada 24hb Ogos jam 12.23 ptg ·

KITA YANG WARAS PEMIKIRANPUN MENJADI CELARU APABILA SESETENGAH PEMIMPIN MENYOGOKKAN KITA DENGAN FAKTA/MAKLUMAT YANG TIDAK MASUK AKAL.
1. Orang tua yang merujuk ketua menggulingkan kerajaan dijadualkan untuk bertemu Najib mengkiut masa dan hari yang ditetapkan,akhirnya tidak muncul dan akan dipastikan supaya orang berkenaan akan bertemu juga dengan Najib.Selepas itu ada pertemuan tetapi dirhsiakan takut media ambil gambar.
2. Telah berjumpa dengan ahli keluarga penderma RM2.6b kepada kerajaan Malaysia untuk minta penjelasan sebab wang sejumlah iru didermakan kepada Malaysia.

Dua situasi yang merujuk kepada Zahid Hamidi begitu lawak
1. Ada nama yang disebut sebagai orang tua itu?
2. Kenapa tak jumpa terus pihak penderma?

NAJIB TERDESAK?

Saidi Liasan
pada 23hb Ogos jam 7.26 ptg ·

Apa respon orang Melayu tentang kenyataan Najib MEMBANGSATKAN orang Melayu apabila UMNO bukan lagi teraju pemerintah.PRK menang orang Melayu juga,PAS menang juga orang Melayu,rasanya Najib seolah-oleh membuat ugutan terhadap orang Melayu.Jika UMNO tumbang pun adalah kerana disebabkan pemimpin Melayu yang BANGSAT.Najib nampaknya terdesak dan semakin hampiri kejaatuhannya.Hakikat yang jelas adalah Barisan Nasional memerintah bukan hanya ditentukan oleh tangan orang Melayu tetapi suku kaum lain.Kalau setakat UMNO orang Melayu tidak boleh memerintah tetapi dengan adanya Barisan PBS,UPKO,PRS,SPDP,SUPP,PBB,PPP,MIC dan MCA maka jadilah BARISAN NASIONAL.Oleh itu Najib berada atas tampuk pemerintahan sebagai perdana menteri pada masa kini.

MENYEKAT HAK KEBEBASAN

Saidi Liasan
pada 21hb Ogos jam 9.29 pagi ·

Kerajaan nak kawal selia maklumat daripada setiap media sosial atau kerajaan tutup atau sekat operasi media sosial di Malaysia?Apa yang tinggal hanyalah media kerajaan seperti tv,radio dan surat khabar.Semua hal buruk kerajaan tidak tersebar hanya yang baik-baik dihebahkan.Kalau kerajaan baik baik juga respon rakyat Malaysia dalam setiap media.Jangan buat jenayah jika takut diketahui,dikutuk dan dikecam rakyat.Nah selasai,ringkas dan amat mudah.

Suka Komen Kongsi
  • Eda Valentina Haroldson Chua, Jitol Tinggiu, Anne Leader dan 17 yang lain sukakan ini.
  • View 18 more comments
  • Firdaus Francis Tidak salah rakyat mengkritik pemerintah atau pemimpin termasuk PM, dgn cara yg positif. Malah sejak era DSNajib rakyat semakin bebas bersuara termasuk dlm media sosial. ISA juga dimansuhkan...lbh 3 ribu tahanan termasuk tahanan politik dibebaskan.

    ...Lihat Lagi
    Suka · Balas · pada 21hb Ogos jam 6.02 ptg
  • Saidi Liasan Tuan Firdaus sekurang-kurangnya pemimpin yang dikritik sedar diri dan tanya diri sendiri apa sebab ada suara kritikan rakyat.
    Suka · Balas · pada 23hb Ogos jam 7.05 ptg
  • Taufik T Ahmad Kebanyakan rakyat yg berfikiran buli nampak suda bhw apa sekalipun yg mrk akan katakan dalam ucapan2 mrk kpd rakyat, matlamat perjuangan mrk2 semua ini bukannya untuk rakyat tapi sebenarnya cuma untuk kekal berkuasa dan bila telah berkuasa tentunya utk menambahkan lagi kekayaan masing2. Paling kesian la tingu ni sesetengah org2 kg yg masi lagi dengan naifnya memuja2 mrk sebagai pejuang2 nasib rakyat......
    Suka · Balas · pada 23hb Ogos jam 8.26 ptg
  • Firdaus Francis Sesiapapun pemimpin pasti ada kelemahannya, termasuk pemimpin pembangkang. Kritikan yg positif tidak ada masalahnya, anakpun boleh kritik ibubapanya atau murid boleh kritik gurunya untuk kebaikan, tapi biarlah dgn cara beretika. Takkanlah anak/ murid ...Lihat Lagi
    Suka · Balas · pada 23hb Ogos jam 10.34 ptg

NAJIB ADALAH KERAJAAN?

Saidi Liasan
pada 16hb Ogos jam 6.31 ptg ·

Sibuk beberaapa orang pemimpin yang begitu ampuh menyokong Najib untuk mencari dan menyiasat individu atau kumpulan yang didakwa ada agenda menjatuhkan kerajaan.Sila jawab Najib itu kerajaankah?Najib bukan kerajaan malah individu yang diberikan kuasa oleh ahli partinya.Najib berbohong kepada kerajaan,menipu kerajaan dan memanipulasi RM2.6b miliknya yang diserahkan sebagai wang parti setelah didapati wang itu menimbulkan kontrovesi dalam akaun Najib.Apabila ahlinya meminta Najib menyatakan jumlah baki wang parti Najib melenting dan pemimpin pombodek menyokong Najib.Soal wang parti hak ekskulisif Najib.Wajarkah dan memang begitukah yang termaktub dalam undang-undang?

Beranda » Archives for 2013
SENARAI BERITA

SENARAI BERITA

Label :
Jumaat, 16 Ogos 2013 | Cikgu Saidi | Beri Komentar
Catatan Terbaru Laman utama

PENGUNJUNG BLOG INI


Orang telah mengunjungi blog ini

SENARAI PAUTAN MAKLUMAT

Sila dapatkan maklumat di sini

Berita Harian @bharianmy

Malaysiakini - Terkini untuk anda


SELAMATKAN UMNO BUKAN NAJIB

Saidi Liasan ·
Sudah-sudahlah menipu rakyat....membohongi dan mempermainkan UMNO sebagai dasar kekuatan Najib terus dilindungi undang-undang.Begitu lama masa diambil untuk menjelaskan kepada rakyat dengan diakhiri penderma mahu wang RM2.6b dimasukkan kedalam akaun peribadi Najib dan bukan ke dalam akaun parti.Jelas bahawa ada kepentingan penderma secara peribadi terhadap Najib yang merujuk kepada najib yang ada kuasa dan bukan atas keperluan parti yang mewakili pemerintah negara,jelas parti dan negara dikebelekangkan....rakyat dipersenda dan disogokkan dengan putar belit.Tambah bodoh dan menyulitkan keadaan apabila pemimpin utama membelit Najib dengan sokongan,jaminan dan pembelaan.Najib yang terang-terangan menipu rakyat Malaysia dipertahankan atas kapasiti pemimpin utama dalam teraju negara yang bertopengkan UMNO sebagai benteng dan kekuatan menangkis dakwaan yang kononnya tohmahan semata-mata menjurus kepada tindakan menjatuhkan kerajaan.UMNO milik rakyat untuk meneruskan kesinambungan perjuangan dan aspirasi orang Melayu tetapi di dalamnya ada Najib yang culas dan mempertaruhkan janji sebagai kekuatan mendapatkan sokongan rakyat.Najib perlu didsingkirkan dan diketepikan daripada terus menimbulkan kemarahan rakyat yang kelak menjejaskan UMNO mendapat sokongan padu dan seterusnya diberikan mandat memerintah selepas PRU 14 nanti.Rakyat Malaysia mahukan UMNO kerana UMNO milik Rakyat.Najib individu dalam parti yang diberikan mandat tetapi apabila tergelincir daripada landasan sebagai pemimpin yang berintegriti untuk menjulang kesejahteraan rakyat dan negara maka apa salahnya kita gantikan dengan pemimpin lain yang masih ramai mempunyai sejarah kepimpinan yang cemerlang.pemimpin boleh ditukar ganti tetapi UMNO tiada gelang gantinya.

NAJIB CULAS

Saidi Liasan ·
Najib sendiri tahu bahawa wang untuk parti hendaklah dimasukkan ke dalam akaun parti dan adalah menjadi kesalahan apabila wang untuk parti dimasukkan ke mana-mana akaun peribadi ahli.Najib tidak berpegang kepada amanah ini oleh itu ahli parti yang ingin bertanya kepada Najib berapa lagi baki wang parti?Najib membisu seribu bahasa pada masa yang sama memecat MY,SA dan AG.Jika wang RM2.6b itu derma ikhlas daripada negara Arab atas kehebatan negara Malaysia menegakkan syiar Islam WalJamaah dan kehebatan negara Malaysia membendung dan mengekang gegiatan ISIS.Sepatutnya Najib Mengisytiharkan wang itu sebagai wang sokongan dan penghargaan kepada rakyat dan negara Malaysia amnya.Rakyat patut berkongsi kegembiraan namun wang berkenaan disonglap Najib seorang masuklah dalam poket sendiri.Nasip baik pecah tembelang kalau tidak sampai sekarang gaya hidup keluarga Najib tertonjol dan menjadi kekaguman rakyat Malaysia.Walaupun RM2.6b itu wang derma maka kerajaanlah yang mengurus tadbir aliran perbelanjaan kewangan parti dan bukan atas kuasa di tangan Najib.Tun M masih tetap yakin bahawa wang RM2.6b itu wang haram dan meminta penjelasan Najib tentang keberadaan wang tersebut dalam akaun peribadi Najib.Jika proses undang-undang Malaysia sedang dijalankan untuk menegakkan kebenaran Najib,rakyat akan tunggu dan lihat hasilnya.

NAJIB PEMIMPIN HEBAT DI DUNIA

Saidi Liasan
Sebentar tadi ·
Kita akui Najib seorang pemimpin hebat di dunia sehingga telah menarik perhatian oleh seorang yang berhati mulia,dermawan dan menjalankan tanggungjawab sosialnya yang menjurus kepada kekuatan Malaysia memperjuangkan syiar Islam dan penentangan aktiviti IS di negara ini,itu sebab utama mengapa individu kaya itu sanggup beramal dan Negara Malaysia antara negara pilihan.Malangnya Najib tidak ada melahirkan kebangaan untuk dikongsi bersama ahli parti dan kerajaan khasnya.Najib terima derma dan masukkan ke dalam akaun peribadinya.Najib sendiri tahu tentang prosedur kewangan kerana itu Najib adalah Menteri Kewangan Malaysia.Najib ada niat dan percubaan untuk songlap wang derma itu,kalau tidak pecah tembalang maka ke hari ini pun RM2.6b tidak diketahui ahli parti dan rakyat tentang keberadaan wang berkenaan dalam akaun peribadi Najib.Jelas Najib telah melakukan kesalahan PECAH AMANAH.Kalau najib jujur dan bangga dengan derma itu sebagai pengikhtirafan kepada kerajaan Malaysia tentu Najib mengisytiharkan penerimaan dan kemasukan RM2.6b ke Malaysia dan didaftar masuk ke dalam akaun parti.NAJIB TIDAK BERINTEGRITI.Sepatutnya Juru Audit dalaman parti dan Juru Audit Negara mengesahkan penyata kira-jira akaun parti RM 2.6b turut tersenarai untuk laporan kewangan parti pada penghujung tahun 2013 dan tahun 2014.Jelaslah bahawa Najib telah mengkhianati negara dan telah menipu ahli parti dan rakyat.Di sinilah titik mula rakyat termasuk saya sendiri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Perdana Menteri yang hebat itu.

SENARAI BAHAN MAKLUMAT

  • ►  2020 (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2019 (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Mac (2)
  • ►  2018 (36)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (10)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
  • ►  2017 (47)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (26)
    • ►  Julai (8)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2016 (46)
    • ►  Disember (5)
    • ►  Jun (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (134)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (10)
    • ►  Oktober (14)
    • ►  September (29)
    • ►  Ogos (65)
  • ▼  2013 (1)
    • ▼  Ogos (1)
      • SENARAI BERITA

MENGUATKAN SPEKULASI RM2.6B

Saidi Liasan
pada 16hb Ogos jam 1.30 ptg ·

Janganlah pemimpin UMNO berpura-pura dan macam tidak faham-faham dengan isu RM2.6b.Salleh Keruak yang pendek akal, cuba fikir bagaimanna gaya hidup Rosmah dengan adaanya wang RM2.6b berbelanja di luar negara dengan harga barang jutaan ringgit,takkan Rosmah tidak turut sama menggunakan wang suaminya yang begitu banyak dalam akaun dan tentunya daripada RM2.6b.Sedangkan jet kerajaan pun Rosmah boleh pakai apakan lagi wang dalam akaun suaminya.Jika benar wang RM2.6b adalah wang parti sudh tentu bertambah junlah wang parti dengan wang sedia ada dan perbelanjaan telah dibuat dan baki pasti ada dan sebagai ahli parti berhak tahu jumlah baki wang parti yang ada.

PEMIMPIN BOLEH NYAH

Saidi Liasan
pada 7hb Ogos jam 7.17 ptg · Disunting ·

Selamatkan UMNO untuk terus berkuasa dan bukan berusaha menegakkan benang yang basah untuk memihak kepada Najib.Jika Najib sudah tidak dipercayai rakyat maka satu usaha untuk mencari pengganti.Pemimpin boleh bertukar ganti tetapi UMNO?Kita perlukan pemimpin yang telus pimpinannya.ikhlas dan berjiwa besar dan bukan penyeleweng/melukakan hati rakyat.

Bottom Kiri

Mengenai Saya

Cikgu Saidi
Apa yang terkandung dalam blog ini merupakan dokumentasi khas berkaitan dengan perlaksanaan program dan aktiviti Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani(JKDM)di Kg. Manduring Beluran Sabah..
Lihat profil lengkap saya

Copyright © POLITIK SEMASA. Pencarian Templet SAIDI BIN LIASAN @ GUNTING