Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Khamis, 5 November 2015
Ahli perniagaan dan hartawan Low Taek Jho yang menjadi tumpuan dalam isu skandal 1MDB tidak boleh dipanggil memberi keterangan di depan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas faktor perudangan.
Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, aspek itu perlu dikaji semula sebelum badan berkenaan boleh memanggil tokoh berkenaan - yang lebih dikenalil sebagai Jho Low - memberi keterangan.
"Disebabkan dia (Jho Low) tidak memegang jawatan secara langsung dalam 1MDB, kami perlu melihat (keperluan) berkenaan dari segi perundangan," katanya.
Isnin lalu Hasan berkata tiada keperluan untuk memanggil segera Jho Low bagi membantu siasatan 1MDB.
Terdahulu Hasan mengesahkan bos 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan penyandang sebelumnya, Datuk Shahrol Halmi dipanggil memberi keterangan di depan anggota PAC.
Mengikut jadual, Shahrol akan memberi kenyataan pada 25 November ini, manakala Arul Kanda pada 1 Disember.
Jho Low pula disebut-sebut ramai berperanan sebagai penasihat utama kepada 1MDB.
0 ulasan "1MDB TIDAK ADA KEPENTINGAN SIASAT JHO LOW?", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan