NAJIB MEMBAWA KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA?

MoF: Ada pihak iri hati kemajuan M'sia pimpinan Najib


Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan bahawa Malaysia mencatat perkembangan ekonomi, termasuk peningkatan kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) daripada RM528 billion kepada RM877 billion dari tahun 2009-2015, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Malah, katanya, menerusi pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan, ekonomi negara berkembang daripada 1.9 peratus pada tahun 2009 kepada 6.0 peratus tahun 2014 dalam persekitaran ekonomi dunia yang lembap serta beberapa cabaran lain.
MoF menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam sebagai menjawab artikel FinanceAsia bertajuk "Najib Razak: Asia's Worst Finance Minister 2016" (Menteri Kewangan Asia Paling Teruk 2016).
Sambil menyangkal tuduhan dilemparkan portal itu, MoF berkata adalah tidak beretika bagi media itu membuat penilaian berdasarkan perkembangan dalam tempoh 12 bulan dan bersandarkan beberapa pertuduhan tidak berasas serta berat sebelah.
MoF sebaliknya menegaskan, di bawah kepemimpinan perdana menteri, ekonomi Malaysia terus mencatatkan perkembangan sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2015.
Malah, kadar pengangguran telah turun daripada 4.5 peratus kepada 3.0 peratus dengan sejumlah 1.8 juta pekerjaan baharu berjaya diwujudkan.
Pendapatan per kapita pula meningkat daripada RM24,541 kepada RM33,572, manakala defisit fiskal berkurangan daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus.
"Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia masih optimistik dengan sasaran pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5 peratus bagi tahun ini.
"Jadi, jika Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.5 peratus dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, boleh dikatakan ekonomi Malaysia masih kukuh jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia yang lain," jelas kementerian itu.
MoF turut mempersoalkan tujuan artikel tersebut yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk dan menggunakan tajuk sedemikian bagi meningkatkan semula laman web media itu.
Ini disebabkan, pada tahun lepas dalam artikel sama, portal Financeasia berkenaan meletakkan Najib di tempat kelapan daripada 12 Menteri Kewangan Asia dalam 'Finance Minister of the Year' berbanding tempat ke-12 tahun ini.
"Asia mempunyai 48 negara, jadi bagaimana berada di tempat ke-12 boleh menjadikan Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia?," kata MoF.
Kementerian itu turut menyuarakan kebimbangan mengenai tindak tanduk beberapa pihak yang iri hati dengan kemajuan Malaysia di bawah pentadbiran perdana menteri, menjadikan negara ini sebagai sasaran kritikan melulu.
"Seolah-olah mereka sentiasa mahu menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dari segi politik dan ekonomi."
- Bernama

Jill Tru · 
Cuba berhenti dari PM kalau berani, lepas itu tengok sendiri berapa BANYAKNYA tuduhan dimahkhmah terhadap kamu. Cakap banyak boleh lah KERANA MELAYU DI MALASSIA SEMUANYA TAKDE....
Rakyat ditindas, PENJAJAH MODEN YG LEBIH ZALIM DARI ISREAL.
Like · Reply · 1 · 39 mins
Redzawan Mohammad
Mof jangan syiok sendiri,cuba terjemahkan apa yang dicapai dengan keadaan ekonomi negara sekarang,ringgit jatuh,minyak jatuh,hutang keliling pinggang,salah guna wang meningkat.Angka yang diberi pun hanya syiok sendiri,hanya tujuan mengabui mata rakyat serta untuk memastikan najib terus berkuasa.Hakikatnya kita dalam keadaan nazak.
Like · Reply · 6 mins
Saidi Liasan ·
Apa pencapaian dan kemajuan Malaysia yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia sendiri dan dikagumi pula di peringkat antarabangsa?Dapatkah kerajaan mensejahterakan rakyat dibawah teraju Najib....Inilah kenyataan dan pembawaan negetif yang menambahkan kerosakan kepada Najib itu sendiri.
Like · Reply · 28 mins
Sahrul Ir · 
agak2 la MOF pun nk bodek..mcm babi
Like · Reply · 21 mins
Kitty Heartlurve · 
Works at Time Hotel ™
ADA PIHAK IRI HATI KEMAJUAN MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN NAJIB??
Yang iri hati tuh rakyat Malaysia dan yang tak iri hati tuh rakyat indon, myanmar, bangla dan juga rakyat zimbawe
Like · Reply · 18 mins
Mamat Pacak
Hahahaaaaaaaa.....betul ker tu.....kasi habis wang negara berjoli dng bini ada la....kalau zaman Tun Dr Mahathir dulu rakyat percaya la.....YG PERCAYA HANYA MACAI UMNONGOK AJE
Like · Reply · 7 mins
Ahmad Abu Bakar · 
Apa yg ko merepek nie MOF?....pendapatan rakyat mcmana?.....
Like · Reply · 6 mins
Mohd Bakhtiar Othman · 
Realitinya hutang negara meningkat, byk yg dah kena berenti kerja, matawang jatuh, harga barang meningkat disbbkan gst, harga kereta naik masa pru 13 janji nk turunka harga kereta dll

0 ulasan "NAJIB MEMBAWA KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA?", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan