RM 2.6 BILLION BUKAN DERMA KEPADA NAJIB OLEH PAK ARAB

RM2.6 billion dalam akaun Najib terbongkar di Mahkamah Singapura


SUMBER sebenar wang RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Nazak akan terbongkar secara rasmi tidak lama lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Singapura.

Ini kerana, pegawai bank yang didakwa terlibat mempermudahkan transaksi haram wang daripada 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib kini sedang didakwa di Mahkamah Singapura.


Jens Fred Sturzenegger, 42 pegawai Falcon Private Bank Singapura dituduh dengan 16 tuduhan — 6 tuduhan 'membersihkan wang haram' dan 10 tuduhan memberikan maklumat palsu dalam siasatan pemindahan wang secara haram milik 1MDB.

Kertas-kertas pertuduhan dalam Mahkamah Singapura terhadap pegawai bank yang berasal dari Switzerland itu turut telah tersebar di laman sosial.

Dalam salah satu daripada 16 kertas pertuduhan yang dikenakan ke atas Sturzenegger, dia dituduh gagal atau ingkar untuk melaporkan transaksi wang berjumlah USD1.265 billion (RM5.66 billion) yang jelas sekali mencurigakan.

Mengikut kertas pertuduhan, wang itu telah dimasukkan ke dalam dua buah akaun Falcon Private Bank Singapore dengan nombor akaun 8550298001 dan 8550299001 pada tarikh 21 dan 25 Mac 2013.


Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, wang itu kemudiannya didakwa telah dipindahkan sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion) ke dalam akaun Ambank peribadi milik Najib Nazak.

Satu demi satu bukti bakal terdedah, hanya masa yang akan mentukan.

Jika Najib masih mahu menggunakan hujah lapuk mengatakan semua ini fitnah terancang untuk menggulingkan pentadbirannya, maka beliau harus memasukkan mahkamah Singapura sebagai satu lagi pihak yang berkomplot mahu menggulingkannya.


Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/rm26-billion-dalam-akaun-najib.html#ixzz4VFguJc8C

0 ulasan "RM 2.6 BILLION BUKAN DERMA KEPADA NAJIB OLEH PAK ARAB", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan