Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Rabu, 27 September 2017
KUALA LUMPUR 27 Sept, 2017 – Bank Negara Malaysia dilaporkan telah mendenda 1MDB sejumlah RM115.8 juta kerana gagal mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian ketika merujuk surat dari bank pusat itu.
Bank Negara menjawap memorandum daripada pemimpin pembangkang itu yang menghantar surat memohon supaya siasatan terhadap skandal 1MDB dibuka semula.
“Secara logik, Bank Negara mendenda 1MDB sebanyak RM115.8 juta, ini bermakna banyak undang-undang yang dicabuli.
“Jelas sekali pencabulan undang-undang dibuat mengikut arahan seseorang kerana 1MDB bukan sejenis makhluk yang bertindak sendiri,” kata Wan Azizah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini lapor Malaysiakini.
Wan Azizah berkata, selain tindakan yang diambil di bawah Seksyen 234 (3) (b) Akta Perkhidmatan Kewangan ke atas 1MDB, katanya, tindakan perlu diambil mengikut Seksyen 234 (5) terhadap individu yang bertanggungjawab memberi arahan tersebut ini kerana berdasarkan fakta penubuhan syarikat menyebut bahawa sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan bertulis Perdana Menteri.
Oleh itu, Wan Azizah mengumumkan beliau sendiri akan membuat laporan polis minggu depan untuk menyiasat Datuk Seri Najib dan semua pegawai terlibat di dalam 1MDB.
0 ulasan "BANK NEGARA MENDENDA 1MDB RM 115.8 JUTA", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan