PATUT ARAB SAUDI MENDERMA KEPADA NAJIB PADA KETIKA INI


Foto Abdul MalikIshak Bin Madihi.
Sumbangan ini amat bermakna - Najib
MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
09 Julai 2018 1:24 PM
PENGERUSI Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Muhammad menyerahkan Tabung Solidariti tersebut kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.-UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sumbangan berjumlah RM489,166 yang diterimanya hari ini adalah yang amat bermakna.
Jelasnya, beliau amat terharu atas sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO dari setiap peringkat, bahagian sehinggalah ahli-ahli biasa.
“Ini sesuatu sumbangan yang amat bermakna pada saya dan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana sumbangan ini tidak dibuat berdasarkan arahan, sebaliknya terbit dari hati nurani yang ikhlas.
“Mudah-mudahan doa restu mereka semua, saya dan keluarga dapat lalui ujian besar ini dengan jayanya bersama izin Allah,” katanya sebelum meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tabung Solidariti Najib Razak itu diserahkan oleh Pengerusi Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd. Razlan Muhammad hasil kutipan rakyat Malaysia dan juga beberapa negara luar seperti Kanada, Singapura dan Indonesia.
Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tepat pukul 11.45 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi menandatangani dokumen pengesahan pembayaran baki proses dokumentasi ikat jaminnya.
Dalam pada itu, Najib memberitahu beliau turut dihadiri oleh UMNO Bahagian Tumpat awal pagi tadi di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan membantu proses ikat jaminnya.-UTUSAN ONLINE.

0 ulasan "PATUT ARAB SAUDI MENDERMA KEPADA NAJIB PADA KETIKA INI", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan