LAPORAN PAC DIUBAH ATAS ARAHAN NAJIB

Utusan dedah Najib arahkan 'padam' aktiviti Jho Low dalam 1MDB
24 November
SUMBER berita milik Umno, Utusan Online semalam mendedahkan bagaimana Najib telah mengarahkan supaya pembabitan dirinya dan penjenayah paling dikehendaki negara "Jho Low" dipadam daripada laporan aktiviti 1MDB.
Najib arah pinda 1MDB
Utusan yang memetik sumber melaporkan, bekas perdana menteri itu telah mengarahkan agar laporan asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disediakan oleh Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara pada waktu itu, dipinda.
Pindaan itu yang dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri bersama Ambrin, turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dan Ketua Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Tan Sri Shukri Mohd Salleh.
Laporan asal 1MDB masih ada
Walaupun laporan 1MDB sudah dipinda, namun laporan asal itu masih ada. Ketua Audit Negara sekarang, Tan Sri Dr Madinah dilapor akan membentangkan laporan asal 1MDB kepada kabinet dalam masa terdekat.
Malah Madinah pun sudah membentangkan laporan asal 1MDB itu kepada Jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC).
Difahamkan dalam laporan asal itu, jelas menunjukkan bahawa Najib tahu tentang penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB disebabkan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan syarikat itu.
Sumber — Utusan Online

0 ulasan "LAPORAN PAC DIUBAH ATAS ARAHAN NAJIB", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan