Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Jumaat, 11 Mei 2018
Pakatan Harapan akhirnya mara ke Putrajaya apabila memperoleh kerusi minimum dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membentuk kerajaan pada awal pagi ini.
Jumlah yang diperlukan bagi mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat ialah 112.
Bilangan kerusi yang dicapai Harapan pada jam 3.15 pagi ini ialah 119 kerusi, daripada 213 kerusi yang sudah diketahui keputusannya.
BN yang ditewaskan buat pertama kali dalam tempoh 61 tahun pemerintahannya mendapat 77 kerusi sementara PAS memperolehi 17 kerusi.
Pemenang untuk 9 kerusi lagi belum dapat disahkan.
Perdana Menteri baharu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang medianya memberi jaminan yang Harapan tidak akan menganiaya sesiapa selepas mencapai kemenangan ini.
Kenyataan itu dibuatnya apabila beliau ditanya sama ada kerajaan baru nanti akan mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
“Kami bukan nak membalas dendam, kami cuma mahu mengembalikan kedaulatan undang-undang,” katanya.
0 ulasan "PAKATAN HARAPAN TERAJU NEGARA", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan