Bagaimanapun sehingga tengah malam tadi, Kosmo! difahamkan hanya 11 daripada 72 bagasi yang berisi pelbagai mata wang termasuk Ringgit Malaysia baru selesai dikira dengan jumlah kesemuanya dikatakan sebanyak kira-kira RM100 juta.
Kesemua wang tersebut dikatakan sudah dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM) malam tadi.
Satu sumber berkata, proses pengiraan wang itu dilakukan pada pukul 10 pagi semalam de­ngan bantuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.