PARAHNYA SKANDAL 1MDB

Najib, keluarga dan hampir 1000 orang disiasat kes gubah wang haram

1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula menjadi tumpuan selepas terdapat dakwaan penyelewengan membabitkan berbilion ringgit yang melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.– Foto Astro Awani
Kes pengubahan wang haram terbesar di Malaysia dibuka minggu lalu melibatkan semakan ke atas lebih kurang 1,000 nama, termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan keluarga Razak, kata sumber.
Senarai nama yang disiasat itu termasuk ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) yang disyaki menerima wang dari duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijumpai dalam akaun bank peribadi Najib, pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam.
“Senarai namanya panjang, sangat panjang. Suspek yang sudah dijangka dan sejumlah ahli keluarga, saudara-mara, ahli politik, pegawai kanan kerajaan dan sebagainya mencecah hampir 1,000 nama,” kata seorang peguam yang arif tentang siasatan berkenaan.
KLIK BACA: Rosmah kejar kemewahan punca sebenar 1MDB – lapor WSJ

SENARIO
 KEKAYAAN NAJIB & ROSMAH YANG POLIS BERJAYA TEMUI SETAKAT INI,,
PASANGAN YANG PALING BERJAYA MENABUNG DI DUNIA,,
1. 8 pasukan petugas khas utk analisa.. lebih 150 anggota terlibat
2. Wang tunai dari 35 beg -- 116.7 juta ringgit
3. Barang kemas - 25 beg - 12 ribu item - 440 juta ringgit - 1 rantai emas berharga 6 juta
4. Beg tangan - 567 beg - 51.3 juta ringgit
5. Jam tangan - 423 utas - 78 juta ringgit
6. Cermin mata - 234 biji - 374 ribu ringgit
Harga pasaran bagi semua barangan ada lah sekitar 900 - 1.1 billion ringgit..
 PENGUMUMAN
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Amar Singh,,
1. Duit 116 juta
2. Brg kemas 22 beg sebyk 12 ribu item bernilai 440 juta atau 880 juta harga pasaran
3. necklace 6 juta lbh, ada lg lain2 harga 3 juta lbh dsbnya
4. beg tgn 567 beg 51.3 juta
5. jam tgn 423 utas 78 juta
6. sunglasses 234 unit 374 ribu
JUMLAH KESELURUHANNYA RM 1.1 BILLION,,

0 ulasan "PARAHNYA SKANDAL 1MDB", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan