Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Selasa, 5 Jun 2018
Otai BERSIH 5/6/2018
Sekarang baru saya faham. Tommy Thomas menjadi pilihan Kabinet kerana dia adalah peguam yang paling berpengalaman dan berwibawa untuk memastikan Najib dan kroninya dapat disabitkan kesalahan dalam kes 1MDB. Kepakaran Tommy Thomas ini dalam undang-undang dan perlembagaan boleh dilihat sama seperti kepakaran ahli Council of Elders dalam bidang ekonomi dan kewangan. That is how highly respected, knowledgeable and experienced he is.
Sebenarnya perlantikannya bersifat sementara dalam tempoh Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri untuk pendakwaan korupsi negara. Sekarang ni ada pihak sedang cuba sabotaj perlantikkan peguam negara kerana panik dengan ketelusan & ketegasan Tommy Thomas dalam membuat pendakwaan. Yang takut tu lah yang salah, sebab Tun Mahathir jadi PM sementara saja dan sekali dengan pelantikan yang dibuat oleh Tun M, tapi kenapa ada pihak yang menggunakan royal ni takut? Takut bocor ke?
Kes 1MDB ini sangat kompleks dan Najib dan kroninya sudah pun memulakan percaturan awal untuk memastikan mereka dapat mengagalkan pendakwaan. Najib sudahpun menggunakan khidmat bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft untuk mewakilinya. Jika Peguam Negara yang juga Pendakwa Raya Negara gagal dalam kes 1MDB ini, Najib dan kuncu-kuncunya akan terlepas begitu sahaja. Dan inilah yang Najib dah mula buat. Perasan tak status-status FB Najib Razak sejak kebelakangan ni macam berilmiah dan cerdik sikit? Ini salah satu strategi dia untuk menang dalam kes 1MDB.
Jadi, kriteria penting disebalik perlantikan Peguam Negara ini ialah pendakwaan Kerajaan Malaysia terhadap Najib dalam kes 1MDB ini. Kerana krisis ini adalah skandal kewangan paling besar di DUNIA. But being Malay and Muslim Malaysians, we always talk about race and religion first.
Dan sekarang ni kita boleh faham tak? Sepatutnya sebagai orang Islam, kita soal semula diri kita - Kenapa tidak ada orang Melayu Islam yang sehebat dan setanding Tommy Thomas? Di mana kita orang Melayu Islam ini apabila diperlukan untuk selamatkan dan bantu negara?
Lagi mau gaduh. Jom cermin diri kita!
0 ulasan "PEMUSNAH BENTENG PENYENGAK NEGARA", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan