Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Ahad, 6 Ogos 2017
1MDB gagal bayar hutang lagi
A
KADIR JASIN
6
OGOS 2017
SESIAPA saja yang
mengikuti perkembangan ekonomi negara tentu sudah tahu 1Malaysia Development
Bhd (1MDB) telah gagal bayar balik hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56
bilion) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) Isnin lalu.
1MDB
adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan manakala IPIC yang diniagakan
di bursa saham Inggeris di London adalah milik kerajaan Abu Dhabi.
1MDB
bagi alasan duit untuk bayar balik hutang itu sedang dikumpulkan melalui proses
rasionalisasinya dan memohon agar IPIC bagi sedikit masa.
Inilah
masalah 1MDB. Berniaga dengan berhutang besar tapi tidak jana hasil yang cukup
untuk bayar balik. Dalam itu pula berlaku penyelewengan yang luar biasa di
dalam dan luar negara.
Macam
kata Tan Sri Abdul Wahid Omar masa jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
perniagaan 1MDB tak lestari. Dia kata, dengan modal yang rendah dan hutang yang
tinggi, perniagaan 1MDB tidak lestari dari awal-awal lagi.
Kita
semua sudah tahu yang hutang 1MDB, macam dibagi tahu oleh Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC), telah naik melebihi RM50 bilion pada
awal 2016.
Kita
pun sudah dengar macam mana 1MDB telah jual atau gadai harta yang didapatinya
dengan harga murah daripada kerajaan macam tanah Tun Razak Exchange (TRX) di
Jalan Tun Razak dan bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) di Sungai Besi.
Tapi
duit yang ia dapat tak cukup juga untuk bayar balik hutang hingga kerajaan, melalui
Kementerian Kewangan, terpaksa ambil alih atau bagi jaminan.
Dalam
kenyataannya, 1MDB kata duit untuk bayar balik hutang IPIC itu patutnya masuk
bulan lepas tapi tak masuk sebab ada kelulusan yang perlu diperoleh. Ia merayu
kepada IPIC agar diberi tempoh hingga penghujung bulan ini.
Tapi
IPIC kata, 1MDB hanya ada tempoh lanjutan lima hari kerja seperti termaktub
dalam perjanjian. Selepas tempoh itu, IPIC kata denda dan tindakan-tindakan
lain akan dikenakan.
Kita
tidak tahu macam mana dan dari mana sebenarnya 1MDB akan dapat duit untuk bayar
balik hutang yang begitu banyak. Macam mana kita nak tahu kalau semua perkara
berkaitan 1MDB adalah rahsia sehingga di Parlimen pun tak boleh bahas.
Cuma,
seperti saya katakan berulang kali, kita harap duit negara dan rakyat jelata
tidak lagi diambil secara sah atau haram untuk kambus hutang 1MDB. Secara
kebetulan pula, Bank Negara baru saja menjual bon 20 tahun bernilai RM2.5
bilion iaitu hampir bersamaan dengan hutang 1MDB itu.
Tawaran
bon itu ditutup 4 Ogos.
Bayaran
balik RM2.56 bilion itu hanya separuh daripada hutang yang 1MDB kena bayar
balik kepada IPIC tahun ini. Separuh lagi kena dilangsaikan hujung tahun ini.
Kesan
kegagalan 1MDB bayar balik hutang IPIC adalah sangat besar dan berbahaya. 1MDB
mungkin diseret sekali lagi ke mahkamah timbang tara antarabangsa sekali lagi
dan penarafan mata wang, pelaburan dan pinjaman kita mungkin akan diturunkan.
Ambil
contoh amaran bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
pada bulan Jun 2015. Dia kata, kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar
tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1988 waktu Krisis Kewangan Asia.
Lebih
kurang dua bulan kemudian, pada 12 Ogos ringgit jatuh ke bawah paras RM4 buat
kali pertama sejak 1998 dan kekal sampai hari ini.
Satu
perkara lagi.
Adalah
tidak mustahil permohonan akan dibuat agar 1MDB diisytiharkan muflis supaya
hartanya boleh dirampas oleh pihak-pihak yang memberi hutang kepadanya.
Dalam
perkembangan berasingan tetapi hampir serupa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Razali Ibrahim, bagi tahu Parlimen yang Felda mengalami kerugian
dalam buku sebanyak RM2.06 bilion kerana pelaburan langsung dalam Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV).
Dia
maklumkan Parlimen pada 31 Julai bahawa kerugian itu adalah pada kadar harga 30
Jun lalu. Kerugian modal ini adalah sangat besar berbanding dividen sebanyak
RM328.33 bilion yang dibayar oleh FGV. Felda memegang 21.25 peratus saham FGV.
Kita
sudah tahu bahawa FGV adalah mainan pasaran atau dalam bahasa Inggeris disebut
market play yang berkait rapat dengan pilihan raya umum (PRU) 2013. Peneroka
dan kakitangan Felda dijanjikan durian runtuh hasil penyenaraian FGV di Bursa
Malaysia.
Malangnya,
bukan sahaja ia tidak menjadi durian runtuh kepada peneroka dan kakitangan
Felda, sebaliknya mereka menanggung kerugian jangka panjang yang sangat teruk.
Wallahuaklam.
0 ulasan "1MDB DIMUFLISKAN PENYELASAIAN AKHIR?", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan