DIGANTUNG KERANA LAPORAN 1MDB, KDN DIARAH BAYAR THE EDGE
Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Setiausahanya hari ini
diperintahkan membayar ganti rugi berikutan keputusan salah mereka dalam
menggantung dua penerbitan The Edge selama dua bulan berhubung satu siri
laporan mengenai 1MDB.
Keputusan
itu dibuat oleh panel lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan
Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menolak rayuan kementerian dalam negeri.
“Tidak ada
merit dalam rayuan kerana tidak ada rayuan oleh pihak perayu berhubung liabiliti,”
katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Hakim
Zulkefli juga berkata mereka tidak akan menjawab tiga soalan yang ditujukan
kepada mahkamah berhubung rayuan itu.
Difahamkan ganti rugi kepada akhbar yang terjejas akan
membabitkan jumlah yang besar.
Jumlah itu akan ditentukan oleh mahkamah tinggi, dengan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur menetapkan esok untuk pengurusan kes.
The Edge Communications Sdn Bhd yang menerbitkan The Edge
Financial Daily dan The Edge Weekly digantung antara 23 Julai dan 21 September
2015.
The Edge Communications diwakili peguam Daryl Goon dan Raja
Eileen Soraya Raja Aman manakala Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke mewakili
kementerian dalam negeri.
KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge
Financial Daily selama tiga bulan dari 27 Julai 2015 berkaitan laporannya
mengenai isu 1MDB.
Bagaimanapun perintah itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada
21 Sept 2015, yang membenarkan permohonan The Edge untuk semakan kehakiman.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan untuk penilaian ganti rugi yang dialami The
Edge.
Pada 30 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan KDN
berhubung keputusan Mahkamah Tinggi bagi penilaian ganti rugi.
Mahkamah Rayuan tidak mendengar hujahan mengenai kesahihan
perintah penggantungan KDN kerana perkara itu menjadi akademik selepas tempoh
penggantungan telah luput.
Antara lain persoalan yang dibangkitkan sama ada suatu perintah
untuk penilaian ganti rugi kerana melanggar hak perlembagaan boleh dibuat,
selepas mendapat perintah certiorari.
0 ulasan "LAPORAN ISU 1MDB ADALAH BENAR", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan