KENAPA RAKYAT MALAYSIA PERSOALKAN DERMA RM 2.6 BILION YANG SAYA TERIMA INI - NAJIB RAZAK
Malah ketika zaman pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalannya juga tidak mempersoalkan perkara itu kerana itu urusan Presiden parti.
"Waktu saya jadi timbalan presiden, saya tidak persoalkan tentang dana parti kerana itu kerja Presiden. Waktu Tun Mahathir, timbalannya pun tak persoalkannya," katanya ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang hari ini.
Timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin sebelum ini pernah melontarkan soalan kepada Najib tentang sumber dana politik yang diterimanya dan cara ia dikendalikan.
Muhyididn pada Julai 28 telah digugurkan dari barisan Kabinet Najib yang baharu.
Dalam pada itu, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya menubuhkan satu undang-undang mengenai sumbangan politik.
"Tapi pihak pembangkang tidak mahu. Mereka tidak mahu dedahkan siapa yang derma kepada mereka.
"Kenapa kini persoalkan pula bila saya sebagai presiden parti terima sumbangan untuk kepentingan UMNO dan masyarakat?" kata Najib.
Beliau menambah, ada masanya apabila jentera parti memerlukan suntikan kewangan untuk menggerakkan kerja, mereka akan meminta daripada beliau.
"Boleh minta daripada saya. Menteri Besar boleh minta daripada saya. Saya pula minta daripada siapa? Saya kena berusaha (mendapatkannya)," jelas beliau.



0 ulasan "KENAPA RAKYAT MALAYSIA PERSOALKAN DERMA RM 2.6 BILION", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan