IGP: Polis tak akan tangkap Mahathir
Susan Loone Hari ini 9SEPT2015, 6:54 pm Hari ini, 6:59 pm
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan menangkap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tak cakap kami akan tangkap beliau.
"Saya hanya kata kita terima laporan daripada Umno, dan kita akan siasat berdasar prosedur operasi piawai,” katanya di Pulau Pinang.
Khalid berkata pihaknya akan membuat temujanji dengan perdana menteri 22 tahun itu untuk proses soal siasat.
“Kami akan hantar pegawai untuk membuat temujanji dengan beliau, Mahathir seorang negarawan yang dihormati, kita harus beri penghormatan yang diperlukan,” katanya.
Mahathir ketika kepulangannya daripada negara hari ini berkata, beliau bersedia ditangkap pihak polis berhubung kehadirannya ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.
Beliau juga berkata, akan memberikan kerjasama sekiranya polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.
Mahathir belum mendapat notis untuk soal siasat daripada polis dan hanya tahu perkara itu melalui akhbar sahaja.
0 ulasan "TANGKAP TUN M MACAM TANGKAP KATAK?", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan