TIMBALAN PRESIDEN DIGAM

Muhyiddin, Timbalan Presiden yang digam

 | September 9, 2015
Sumber dari dalam parti mempersoal tangan-tangan ghaib yang cuba untuk menidakkan fungsi Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno.
muhyiddin-umno

KUALA LUMPUR: Umno adalah sebuah parti yang sangat berpegang teguh dengan tradisi juga budaya yang telah lama diamalkan sejak dari awal penubuhannya.
Namun pada mesyuarat biro politik yang telah diadakan di Putrajaya pada 7 September, Umno telah melanggar satu tradisi parti dengan menidakkan kuasa Timbalan Presiden parti itu untuk mempengerusikan majlis tersebut.
Jika dilihat pada surat panggilan mesyuarat tersebut, ia kelihatan seperti sebuah mesyuarat biro politik biasa sahaja. Tetapi apabila agenda mesyuarat tersebut diteliti, kenyataannya mesyuarat tersebut adalah mesyuarat Pengurusan Umno.
Menurut sumber dari parti itu, beliau menjelaskan bahawa mengikut kebiasaan perjalanan mesyuarat Umno, adalah menjadi tradisi mesyuarat pengurusan Umno dipengerusikan oleh Timbalan Presiden dan bukannya Presiden seperti yang belaku dua hari lepas.
Persoalan yang beliau timbulkan adalah mengapa keadaan yang sedemikian berlaku? Mengapa Presiden parti pula yang mahu mempengerusikan mesyuarat pengurusan sedangkan tugas tersebut sepatutnya dipikul oleh timbalan beliau.
“Presiden selalu mengatakan bahawa Umno sentiasa mengikut tradisi dan konvensyen terdahulu. Jadi mengapa tiba-tiba sahaja tradisi ini diubah?
“Apa maksud semua ini? Mungkin ramai berfikir ini perkara biasa, tetapi desas-desus berbunyi yang presiden tidak mahu timbalan presiden mempengerusikan mesyuarat pengurusan. Kenapa barangkali?
Beliau juga mengatakan bahawa terdapat cakap-cakap bahawa Zahid tidak ‘berkenan’ sekiranya Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat tersebut.
“Mana tidaknya, jika timbalan presiden mempengerusikan mesyuarat pengurusan, timbalan perdana menteri kena duduk sebelah. Tidak selesa agaknya.
Beliau menambah, program bagi meraikan Muhyiddin dan bekas pengerusi perhubungan wilayah yang telah dirancang di Tun Razak juga dibatalkan kerana tidak mendapat perkenan Umno pusat.
“Sudahlah program meraikan Muhyiddin tidak boleh dibuat, kini beliau di halang pula dari mempengerusikan mesyuarat pengurusan parti. Adakah mereka sengaja menghalang timbalan presiden dari meneruskan tanggungjawan beliaukah? Atau meraka tidak mahu timbalan presiden bercakap? Apa yang sedang berlaku sebenarnya?
“Bukankah timbalan presiden adalah pilihan perhimpunan? Dah tak hormati institusi timbalan presiden? Sapa punya kerja ni?

0 ulasan "TIMBALAN PRESIDEN DIGAM", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan