NAJIB TIDAK JAWAB SENDIRI ISU RM2.6B

'Tiada apa yang subjudis jika Najib jawab derma RM2.6b'


Tiada apa yang subjudis jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jawapan di Dewan Rakyat berhubung kontroversi dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya, kata Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga.
"Saya mohon untuk tidak bersetuju. Ia tidak subjudis," kata Ambiga ketika ditemui di Parlimen, petang tadi.
"Perkara itu tidak dikemukakan pada masa ini di mahkamah. Walaupun jika ada, hanya perdana menteri boleh jawab di mana dan dari mana datangnya (dana) RM2.6 bilion itu.
"Oleh itu, saya tidak bersetuju perkara ini ialah subjudis. Mereka bersembunyi di sebalik subjudis dan enggan menjawab soalan yang sangat mudah," kata peguam kanan dan bekas pengerusi Majlis Peguam itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mendedadahkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memberi amaran kepada kerajaan agar tidak membincangkan siasatan derma RM2.6 bilion kerana ia akan menjadi subjudis.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak tampil menjelaskan sumbangan derma itu yang berada di akaun bank peribadinya.

0 ulasan "NAJIB TIDAK JAWAB SENDIRI ISU RM2.6B", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan