Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Rabu, 9 Disember 2015
Sekumpulan ketua cawangan Umno membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status kewangan parti itu.
Menamakan diri sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka membangkitkan kenapa derma RM2.6 bilion yang diterima presiden parti Datuk Seri Najib Razak tidak disebut dalam penyata kewangan 2013 dan 2014.
Ketua Umno Taman TKK di Teluk Kemang, Negeri Sembilan, itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di pejabat ROS, Putrajaya, sebentar tadi.
Bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad turut membangkitkan isu sama dalam acara khas bersama Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu negara malam tadi.
Mengulas lanjut, Kamarul berkata pihaknya berharap sangat isu tersebut diselesaikan dengan kadar segera bagi menamatkan kegusaran ahli akar umbi Umno.
“Kami lakukan (tindakan) ini kerana kami rasakan isu ini tidak boleh dipanjangkan lagi dan hanya akan merumitkan lagi keadaan Umno yang begitu gawat buat masa ini,” tegas Kamarul.
Terdahulu, Kamarul berkata laporan itu diterima dan disahkan oleh pegawai ketua pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah dan mereka menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk memulakan siasatan.
0 ulasan "RM2.6B WANG GHAIB UMNO", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan