SPRM SAHKAN RM2.6B BUKAN DARIPADA 1 MDB?TETAPI RAKYAT KATA?

SPRM Sahkan RM 2.6 Bilion Bukan Dari 1MDB
najib sprm

PENERANGAN DARIPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI
DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14 (1) (i)
PENERANGAN BERKAITAN ISU DANA POLITIK RM2.6 BILLION
Tuan Yang di-Pertua,
Saya memohon untuk membuat penerangan dengan menggunakan Peraturan 14 (1) (i) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Dewan yang mulia ini berhubung dengan isu dana politik RM2.6 billion yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan ini melalui pertanyaan bagi Jawapan Lisan, pertanyaan bagi Jawapan Bertulis serta semasa perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa Bajet 2016 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat yang bermula pada 19 Oktober 2015.
Pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bukan daripada 1MDB.
Kerajaan telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa apa-apa kenyataan tidak wajar diberikan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan oleh agensi yang berkaitan. Namun begitu, saya rasa perlu dimaklumkan bahawa, SPRM telah pun mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bilion. Selain itu, Bank Negara juga telah dimaklumkan mengenai pembukaan akaun bank tersebut.
Agensi yang berkaitan hendaklah diberikan kebebasan dalam menjalankan siasatan secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan.
Pada masa yang sama, saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk parti pembangkang.Pada masa ini, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang mengatakan derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik. Malah realitinya di kebanyakkan negara maju juga derma politik diberi secara umum.
Janganlah mana-mana pihak menunding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baru.
Sebenarnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak tahun 2009 lagi. Pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyerankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2013.
Namun, saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak jadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak oleh parti pembangkang dan sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik.
Memandangkan isu derma ini telah mendapat perhatian umum dan pelbagai reaksi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengenengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan mnenubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan.
Sekian. Terima kasih.

0 ulasan "SPRM SAHKAN RM2.6B BUKAN DARIPADA 1 MDB?TETAPI RAKYAT KATA?", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan