SPRM kenal pasti penderma RM2.6 bilion
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara tersebut di Dewan Rakyat menerusi Peraturan Mesyuarat 14 (1) (i), iaitu penjelasan oleh Menteri-menteri.
"Pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memaklumkan bahawa jumlah bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri bukan dari 1MDB.
"Namun begitu saya rasa perlu dimaklumkan bahawa SPRM telah kenal pasti penderma dana politik RM 2.6 bilion itu," kata Zahid.
Malah, Zahid memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah dimaklumkan berkenaan pembukaan akaun bank tersebut.
Justeru, Zahid berpandangan agensi-agensi yang melakukan siasatan perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan secara telus.
"Agensi yang berkaitan hendaklah diberi kebebasan dalam menjalankan siasatan secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
"Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai subjudis yang boleh menjejaskan perjalanan satu-satu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan," ujar Zahid.
Pada masa sama, Zahid menjelaskan bahawa dalam sistem demokrasi amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk pembangkang.
Sebelum ini, Najib mengulangi gesaan supaya undang-undang dan peraturan berkaitan dana politik dapat diwujudkan bagi mengawal penerimaan dana dan sumbangan untuk parti dan tujuan politik.
Katanya, beliau pernah mencadangkan perkara tersebut empat tahun lepas tetapi ia dibantah parti pembangkang, dan kemudian pihak pembangkang menjadikannya isu apabila perkara seperti itu dikaitkan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
0 ulasan "SPRM KENAL TAPI TAK CINTA....", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan