ARUL KANDA DALANG DALAM 1MDB

'Siasat Arul Kanda kerana tutup penipuan berbilion dolar'


 Hari ini, 2:00 tengahari      Hari ini, 2:07 tengahari
Bos 1MDB Arul Kanda Kandasamy seharusnya disiasat kerana menutup penipuan berbilion dolar 1MDB-IPIC-Aabar, kata ahli parlimen DAP Tony Pua.
Walaupun bersetuju bahawa pemindahan berjumlah AS$3.51 bilion kepada Aabar Investment PJS yang diperbadankan di British Virgin Islands (Aabar BVI) berlaku sebelum Arul Kanda mengambil alih jawatan pada bulan Januari 2015, beliau mendakwa presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB itu menyedari sepenuhnya bahawa ia adalah syarikat palsu.
Bukti paling nyata adalah bahawa Aabar BVI digulung 10 bulan lalu iaitu pada bulan Jun 2015, enam bulan selepas Arul Kanda menerajui firma dana milik negara itu, katanya.
Bagaimana Arul Kanda begitu jahil pada hakikat bahawa syarikat itu tidak lagi wujud selepas menerima dana 1MDB berjumlah AS$3.51 bilion, soal Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan Aabar BVI tidak lagi beroperasi, Pua berkata, AS$3.51 bilion yang dilaporkan sebagai tunai 1MDB di luar negara, pasti hilang sekarang.
"Malah, semua perjanjian 1MDB yang dimeterai dengan Aabar BVI seperti yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kini tidak lagi sah," kata Pua.
"Persoalannya sekarang ialah, mengapa Arul Kanda menyembunyikan maklumat ini daripada rakyat Malaysia dan gagal untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang berkaitan dalam penipuan itu, termasuk pegawai 1MDB yang terlibat, Aabar BVI palsu dan pegawai-pegawainya?
"Pelantikan Arul Kanda adalah pada bulan Januari 2015, enam bulan sebelum Aabar BVI dibubarkan. Jika beliau menyembunyikan maklumat ini penting, maka beliau mesti disiasat kerana menjadi sebahagian daripada penipuan itu," katanya.
Kedua-dua IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS telah menafikan sebarang kaitan dengan BVI Aabar melalui satu kenyataan kepada Bursa Saham London.
1MDB yang terkejut dengan perkembangan itu, mendakwa firma itu berpendapat bahawa Aabar BVI dimiliki bersama oleh IPIC dan Aabar.
Pua yang juga anggota PAC, sehubungan itu menggalakkan orang ramai untuk membaca sendiri laporan PAC mengenai 1MDB yang telah dimuat naik ke laman webnya.

0 ulasan "ARUL KANDA DALANG DALAM 1MDB", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan