Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Isnin, 11 April 2016
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.
Nazri turut memberikan contoh dirinya sebagai menteri pelancongan dan kebudayaan apabila beliau menandatangani dokumen yang diserahkan oleh pegawainya.
"Dokumen kalau diminta untuk tanda tanga, kita tanda tangan. Saya pun sebagai menteri saya punya ketua eksekutif, dia banyak mempengerusikan berbagai mesyuarat. Jadi bila sampai pada saya, saya tanda tanganlah.
"Takkan saya tak percaya pada dia," kata Nazri.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.
Malah menurut Nazri, Najib bukan sahaja tidak bersalah malah berpendapat bahawa lantikan perdana menteri sebagai penasihat dalam kes 1MDB sebagai perkara biasa.
"Bukan sahaja tak bersalah tapi saya percaya apa yang diputuskan oleh PAC yang terdiri daripada ahli parlimen dari semua parti.
"Biasanya selalu syarikat GLC ini dia akan lantik perdana menteri sebagai penasihat. Sama juga di peringkat negeri, mereka lantik menteri besar.
"Tapi nak dikatakan Datuk Seri Najib urus secara mikro dan buat keputusan harian, itu tak tepat. Dia banyak hal lain lagi," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
[Berita penuh menyusul]
Begitu licik bangsat bangsat itu menyalahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB yang dipersalahkan di atas penyelewengan terancang menteri kewangan dan sekutunya. Menteri kewangan yang punya kuasa adalah dalang sebenar.Jika benar perbuatan dan tindakan berpunca daripada ketua pegawai eksekutif maka untung dan manafaat mestilah kepada ketua pegawai eksekutif berkenaan.Tidak masuk akal sama sekali.....
BalasPadam