Najib: 1MDB Tak Pakai Duit Kamu, Kenapa Kamu Nak Bising
Bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak berkongsi pendapat dengan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa agensi tajaan penuh kerajaan, 1MDB tidak menggunakan wang rakyat.
Mendakwa beliau hanya memberi komen – dan bukan mengkritik Najib – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bernilai berbilion ringgit yang dipinjamkan kepada syarikat itu dijamin kerajaan yang beroperasi menggunakan dana pembayar cukai.
“Perdana menteri juga sebutkan, mengapa kita perlu bising-bising tentang 1MDB ini? (Kata Najib), kita tak pakai duit rakyat.
“(Apa yang berlaku ialah) saya mengulas, bukan mengkritik (perdana menteri),” katanya di Semporna hari ini.
Muhyiddin hadir di Semporna untuk merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian itu.
Umno Bahagian Semporna diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga naib presiden parti berkenaan.
Muhyiddin dan Mohd Shafie sama-sama diketepikan oleh Najib dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.
Majlis hari ini menjadi program pertama Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk sepentas sejak mereka dipecat.
Muhyiddin berkata, beliau diperingatkan supaya berhati-hati memberi kenyataan dan tidak bimbang dengan isu 1MDB kerana kerajaan tidak menggunakan wang rakyat.
“Benar…. Tapi wang berbilion ringgit itu dipinjam dari bank. Setiap sen pinjaman itu pula ditangung oleh?” kata beliau tanpa menghabiskan ayat berkenaan.
Kepada pertanyaan itu, hadirin kemudian menjawab: “Rakyat!”
Muhyiddin kemudian membalas: “Orang Semporna ni bijak…”
0 ulasan "APA KATA MUHIYIDDIN", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan