TAK MAKAN SAMANKAH NAJIB?

Ku Nan akan mohon batal saman PKR


Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman PKR dan beberapa pemimpin pembangkang berhubung dakwaan mengenai 1MDB.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu Malaysiakinibahawa Tengku Adnan menerima saman tersebut semalam.
"Kami (bagi pihak Tengku Adnan) akan fail permohonan untuk membatalkan saman itu," kata Hafarizam ketika ditemui di majlis makan malam malam tadi di sebuah hotel untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-50 anjuran Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon.
Hafarizam (gambar) berkata pengurusan kes telah ditetapkan pada 3 September.
Selain Tengku Adnan, PKR menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan dalam saman itu.
Masih tidak diketahui sama ada Najib, 1MDB dan SPR akan memfailkan permohonan yang sama untuk membatalkan saman itu.
PKR, bersama dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas setiausaha agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, dan bekas MP PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang kini bersama Gerakan Harapan Baru (GHB), adalah plaintif.
Saman mereka difailkan pada 12 Ogos melalui firma guaman Tommy Thomas. Di dalamnya, plaintif mendakwa pengubahan wang haram, rasuah dan penipuan pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan dana awam.

0 ulasan "TAK MAKAN SAMANKAH NAJIB?", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan