KITA TUNGGU APA BENDANYA

Lagi skandal Najib dibongkar

 | August 30, 2015

rafizi-ramli_najib_600

PETALING JAYA : Lagi skandal yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan didedahkan kepada khalayak.
Ia akan dibuat Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Katanya, perkara itu akan disampaikan pada malam kemuncak Himpunan Bersih 4.0 di Pentas Dataran Merdeka malam ini.
“Malam ini saya akan berucap lagi….ada pendedahan skandal baharu yang akan saya sampaikan,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Jalan Masjid Jamek hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi berkata, mesej peserta Bersih 4.0 jelas iaitu mahukan pembaharuan di dalam sistem pemerintahan.
“Kita mahukan kerajaan yang bersih,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online
Himpunan Bersih 4.0 yang berlangsung sejak Sabtu akan berakhir tepat 12 malam ini.

0 ulasan "KITA TUNGGU APA BENDANYA", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan