MANA BAKI DANA RM2.6B?

Berapa Dana Politik Yang Muhyiddin Dapat Cari Untuk UMNO?
By IKA August 18, 2015 : 12:21 pm
180815KemamanMuhyiddin

134
 
 
0
Share
 
2
 
 
 
136
 

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Nampaknya, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mempersoalkan berkaitan wang dana RM2.6 bilion yang diterima dari penderma di Timur Tengah.
Terbaru, persoalan ditimbulkan pada Jumaat lepas bertanyakan tentang baki dana berkenaan kepada umum.
Pertanyaan itu dibuat Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman.
Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO itu mempersoalkan bagaimana wang berkenaan digunakan untuk parti.
Jawapan bahawa wang berkenaan digunakan untuk perjalanan parti dan juga tanggungjawab sosial korporat (CSR), kini soalan Muhyiddin berubah pula kepada baki wang berkenaan.
Penulis ingin bertanya pula kepada Muhyiddin, berapa pula dana yang sudah berjaya dibawa masuk oleh Muhyiddin ke dalam parti dan berapa pula yang telah dimasukkan ke dalam akaun UMNO?
Dalam isu ini iaitu wang sumbangan RM2.6 bilion sudah pun berkali dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan bagaimana wang berkenaan diperolehi dan disumbangkan.
Bagaimanapun, Muhyiddin belum pun menjawab satu pun isu berkaitan beberapa dakwaan dan pertanyaan yang dibuat kepada beliau.
Eloklah, jika beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan menjawab berapa pula dana yang berjaya beliau bawa untuk UMNO dan di mana wang itu disimpan.
Berkenaan soalan Muhyiddin itu, Menteri Komunikasi dn Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Muhyiddin tidak perlu menghebahkan masalah dalaman parti kepada umum.
“Pada saya, tidak perlu Tan Sri Muhyiddin menghebahkan kepada umum kerana ia masalah dalaman parti.
“Beliau (Muhyiddin) adalah Timbalan Presiden parti. Beliau ada saluran untuk tanya soalan tersebut.
“Persoalannya, apakah motif untuk buat persoalan itu kepada umum, sedangkan kita mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah kita?” katanya, Sabtu lepas.
Beliau berpandangan, sebarang persoalan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya perlu dibuat secara tertutup.

0 ulasan "MANA BAKI DANA RM2.6B?", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan