Ditulis oleh:
Cikgu Saidi - Rabu, 19 Ogos 2015
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan mengetahui perkara sebenar berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri berkata, buat masa ini, rakyat tidak sepatutnya menerima tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap beliau melalui media sosial secara bulat-bulat.
Menurut beliau, tidak semua yang disebarkan itu perkara yang benar malah banyak tuduhan boleh dianggap sebagai ‘karut-marut’.
“Kita akan memastikan kebenaran akan muncul juga pada akhirnya. Kalau kata duit 1MDB berbilion sudah lesap, dengarlah laporan Ketua Audit Negara dahulu sama ada betul atau tidak.
“Saya tak nak buat pengumuman, biar dia (Ketua Audit Negara) yang bentangkan,” katanya ketika berucap merasmikan program Nur Ramadan 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada seramai 2,000 orang yang terdiri daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya serta golongan kurang berkemampuan.
Setiap penerima diberi wang tunai RM150 sumbangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta barangan keperluan asas seperti beras dan gula dari Yayasan Al-Bukhary, kain sumbangan Jakel manakala kain batik dan kain pelikat disumbangkan oleh Yayasan Kesejahteraan Bandar.
Najib turut berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 penduduk sebelum mengerjakan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di Masjid Salahuddin al-Ayyubi.
Sementara itu, beliau mengumumkan pelaksanaan projek pembinaan 11 tempat letak kereta bertingkat dengan kos RM290 juta di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) sekitar ibu negara.
Perdana Menteri menambah, beliau juga akan melancarkan dua rumah untuk golongan gelandangan di Medan Tuanku dan Jalan Pekeliling dalam masa terdekat.
“Projek ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebuah syarikat swasta dengan nilai RM17 juta dan dijadualkan siap tidak lama lagi,” jelasnya.
Najib turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya unit-unit kediaman Rumah Pangsa Sri Tioman 1 di Taman Melati dijual kepada penyewa sedia ada.
Kronologi Berita Najib VS Wall Street Journal WSJ. Daripada Dakwaan Fitnah Bertukar Kepada Perakuan Derma? (BAHAGIAN II) BACA SINI : Duit [...]
Duit Derma RM2.6 Bilion Masuk Akaun Bank Najib Razak. Baiknya Budi Penderma Tersebut? LHDN, BNM Mohon Respon! Bersambung SINI Bahagian [...]
Hafarizam Wan & Aisha Mubarak : Peguam Najib Razak Lawan WSJ Wall Street Journal? Para Peguam Sindir dan Tegur? Rakyat [...]
Badlisyah Abdul Ghani CEO CIMB Islamic Bank Silap Analisa Dokumen Wall Street Journal WSJ? Terkejut juga Berita Semasa apabila tidak [...]
Nik Faisal Ariff Kamil SRC International Kritik Wall Street Journal WSJ? Nama Nik Faisal Ariff Kamil tiba-tiba melonjak naik disebalik [...]
Isu Berita WSJ Wall Street Journal Online? Saman Fitnah Najib Razak Berapa Lama Lagi? WSJ Tidak Berganjak! Tunggu punya tunggu, [...]
Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion? Perdana Menteri Saman WSJ? Jahat sungguh laporan berita Wall Street [...]
Program Dialog PM Dengan NGO Bertajuk Nothing To Hide Bincang 1MDB Batal! Pertembungan Ilmu Najib VS Mahathir Gagal! Sudah dijangka. [...]
0 ulasan "KRONOLOGI NAJIB DAN 1MDB", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan