UNDI TIDAK PERCAYA WAJAR

PAS akan sokong undi tak percaya pada PM


PAS akan menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen ekoran isu sumbangan politik RM2.6 bilion.
"Jika ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan-tindakan terhadap 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat," kata Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam kenyataannya hari ini, ikrar Tuan Ibrahim hari ini dibuat selepas Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali menyokong langkah sedemikian.

0 ulasan "UNDI TIDAK PERCAYA WAJAR", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan