Jumpa Najib, bawa usul letak jawatan
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
24 OGOS 2015
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemuda Umno akan memohon untuk berjumpa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan usul yang telah dicapai dalam kesemua Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia termasuk usul tergempar Pemuda Umno Bahagian Tampin yang sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Perkara tersebut(usul tergempar) hanya datang daripada satu cawangan dan telah dimaklumkan kepada Presiden bahawa usul tersebut tidak dirancang oleh Pemuda bahagian.
"Tetapi semua ini akan dibawa ke perhatian Presiden," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno sebentar tadi.
Menurutnya, perjumpaan itu dijadual diadakan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno selesai.
Beliau berkata, usul daripada semua bahagian Pemuda itu akan diserahkan kepada Najib bagi menjelaskan pendirian dan pandangan di peringkat akar umbi.
"Kesemua usul ini tidak akan ditapis dan akan diserahkan kepada presiden supaya tindakan segera dapat diambil terhadap kerisauan dan keresahan yang dialami pemuda di peringkat akar umbi," katanya.
Katanya, hanya tinggal sembilan daripada 182 bahagian yang masih belum bermesyuarat.
Sementara itu, dalam mesyuarat yang sama, beliau berkata, Pemuda Umno telah mencapai beberapa ketetapan antaranya adalah mahu isu besar seperti 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik diselesaikan segera.
"Kami telah ambil ketetapan bahawa isu tersebut perlu diselesaikan dengan segera dan kita akan bagi masa supaya ia dapat diselesaikan melalui proses siasatan yang telah berjalan.
"Kami juga telah ambil ketetapan untuk terus kukuhkan parti walaupun dalam keadaan berdepan dengan pelbagai cabaran dan yakin kemelut tersebut dapat diselesaikan," katanya.

0 ulasan "BAWA USUL LETAK JAWATAN?", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan