1MDB dan RM2.6 Bil Bukan Soal Politik Tapi Soal Integriti Kepimpinan - TERBAIK Dari MatSaid !
Saturday, August 15, 201538comments
Ayat pertama yang keluar dari mulut MatSaid dalam video KiniTV di bawah sememangnya Benar dan kali pertama diucapkan oleh seorang pemimpin Umno.
TABIK MAT SAID !!
Anda boleh baca luahan MatSaid di sini -
Mkini - Ahmad Said: PM tak boleh beli saya
Mkini - 'Selepas ini kayalah TB dengan duit derma'
TMI - Bekas MB Terengganu bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak.
TMI - Ahmad Said bidas Najib simpan RM2.6 billion dalam akaun peribadi.
Bab sejarah TIA/1MDB ni kena tunggu pendedahan lanjut dari Mat Said. Sementara itu saya ingin ajukan satu persoalan kepada anda ....... Sekiranya terlaksana plan asal Najib untuk mencagarkan telaga minyak Terengganu ( atau mencagarkan Royalti tahunan minyak Terengganu ? ), dengan apa yang sudah berlaku kepada 1MDB sekarang ini, apa agaknya kesan kepada Negeri dan Rakyat Terengganu ?
*******************
Beliau berucap di Mesyuarat Agung Umno Kemaman hari ini dan turut dinanti adalah ucapan dari Muhyiddin yang turut memberi sedikit penjelasan mengenai isu RM2.6 billion
Mkini - Muhyiddin: PM dakwa minta AG buat penjelasan
Apa yang ingin saya tumpukan kali ini adalah pertanyaan sempoi dari Muhyiddin kepada Najib -
![]() |
TMI |
MANA BAKI RM2.6 BILLION ?
Ingat, saya duk sebut yang isu RM2.6 billion ini belum selesai lagi sepertimana didakwa oleh Najib sebelum ini ? Ini salah satu persoalan tergantung yang Najib tidak boleh lari.
Kerana jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.
RM2 600 000 000-00
RM 1 000 000-00
Itu perbandingan antara 2.6 bil dengan 1 juta untuk mereka yang masih tidak dapat bayangkan betapa besarnya RM2.6 billion.
Berapa banyak yang diterima ? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya ? Saya mana tahu. Saya tidak dapat. Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya.
Apakah Muhyiddin wajar menimbulkan persoalan mengenai baki wang itu ? Sudah tentu sebab dana itu diakui adalah Derma Politik yang diamanahkan kepada Najib. Ini disebut oleh pemimpin2 Umno sendiri. Najib saya tak pasti ada sebut atau tidak. Najib ni pandai berselindung disebalik mainan kata-kata.
Pendek kata - Duit itu BUKAN duit Najib.
Tapi pemimpin2 Umno tidak seorang pun mengakui tahu kewujudan Derma itu. Mereka juga tidak seorang pun mengakui pernah terima dana dari Derma itu.
Apa cerita dengan Derma itu ?
Dalam akaun Umno pun tidak ada ? TERIMA KASIH kepada WSJ kerana hasil pendedahan mereka lah baru ahli Umno tahu yang Presiden Umno ada terima Derma RM2.6 billion dua tahun lepas.
KALAU TAK DIDEDAHKAN WSJ, APAKAH NAJIB AKAN DEDAHKAN ? Bila agaknya tu ?
Kemudian didedahkan oleh Task Force bahawa akaun itu sudah ditutup. ( Sekarang Task Force pun ditutup sama ! ) Dah habis semua RM2.6 billion ?
Kenapa persoalan ini tidak ditanya oleh ahli2 Umno ? Ada baki lagi tak ?
SEKARANG ni, semua orang dah tahu tentang derma RM2.6 billion itu, kan .... dan pemimpin2 Umno pun kata yang Najib ni orang yang paling amanah di dunia. Jadi kita tidak nampak sebarang masalah buat Najib untuk dedahkan semuanya sekarang.
Tapi kenapa masih liat lagi ?
Tunjukkanlah penyata bank kesemua nombor2 cek yang telah dikeluarkan dengan amaun2 tertentu yang diberikan kepada ...... entah siapa ntah itu ?
Yang ini pun tidak ada ahli Umno yang mahu tanyakan ....... Najib kata dia belanjakan untuk Umno, masalahnya tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang tampil mengaku ada menerima sebarang dana dari akaun peribadi Najib ! ????
Kepada siapa Najib bayar dana politik itu ?
Sekarang bila satu dunia dah tahu tentang Derma itu, pastinya tidak timbul sebarang masalah untuk Najib keluarkan baki yang ada ( kalau ada ) dan masukkan kesemuanya ke dalam akaun Umno..... kan ?
Barulah tampak yang Najib ni ikhlas tentang Derma itu ..... well, ikhlas bab baki jerlah dulu.
Blogger Satd ada komen isu sama ( KLiK ) dan beliau merujuk kepada satu perenggan no 33 dari artikel Chedet yang ada mendakwa, setelah akaun itu ditutup, dana itu kemudiannya dipindahkan ke Singapura. Dan pihak Singapura pula sudah membekukan akaun itu !!
Apa dia Najib sebut baru ni ? Isu dah selesai ?
Isu RM2.6 billion ini adalah 100% isu peribadi Najib. Najib mungkin mahu mengheret sama Umno ke dalam masalah peribadinya tapi terpulang pada ahli Umno untuk RELA diheret atau mempertahankan integriti Umno dari dicemari masalah peribadi Najib.
Seperti kata Mat Said - Apa yang berlaku di Malaysia, dalam Umno hari ini bukan soal politik tapi soal Intergriti Kepimpinan.
0 ulasan "RM2.6B SOAL POLITIK DAN INTEGRITI NAJIB", Baca atau Masukkan Komentar
Catat Ulasan