JADI MANGSA KERANA NAJIB

Pegawai di Pejabat AG ditamat perkhidmatan, PR dibatalkan



Seseorang pegawai yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur, yang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang didakwa mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dikatakan telah ditamatkan perkhidmatannya.
Juga difahamkan bahawa Jessica, seorang warganegara Singapura, turut dibatalkan statusnya sebagai penduduk tetap (PR).
Sumber-sumber memetik dia telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai ketua pentadbiran dan kewangan sekretariat pasukan petugas khas, dan juga dari Pejabat Peguam Negara.
Satu sumber yang mengetahui dari Pejabat Peguam Negara mengesahkan bahawa kontraknya dengan pejabat tersebut telah ditamatkan.
Seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, yang tidak mahu namanya disebut, mengesahkan seseorang telah bertanya pihaknya baru-baru ini tentang prosedur, selepas mendengar bahawa status penduduk tetap orang itu telah dibatalkan.
Jessica, dan bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Rashpal Singh, ditahan polis pada 31 Julai, berkaitan dakwaan kebocoran kertas pertuduhan yang dilaporkan dalam Sarawak Report.
Turut ditahan ialah timbalan pendakwaraya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi beberapa jam kemudiannya pada 1 Ogos.
Selain Jessica dan Rashpal, tujuh pegawai SPRM termasuk Ahmad Sazilee, sedang disiasat berhubung dakwaan kebocoran kertas pertuduhan itu.
Pasukan petugas yang menyiasat 1MDB pada asalnya dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara tiba-tiba pada pada 27 Julai.
Pasukan penyiasat antara jabatan itu, telah dibubarkan oleh AG baru Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Saidi Liasan ·

Ramai menjadi mangsa kehilangan jawatan kerana Najib.Marahkan pijat kelambu dibakar.Sah tanpa ragu Skandal Najib bukan fitnah tetapi ada asasnya.
Zainol Abidin Zainolabidinmdkhir · 

Masyaallah, ada kertas tuduhan,
tapi tak boleh bocor, maknanya
kalau dituduh di mahkamah, kena senyap2, sapa pun tak bo-
leh tau, jadi, nak tunjukkan pada
dunia bahawa dia 'mr clean', Ya
Allah, lindungilah M'sia dari ke-
jajatan manusia bongkak yg buat salah tak mau mengaku,
kononnya dia baik belaka, 
firaun moden ka?
Suka · Balas · 32 · 4 hrs
Zack Pe · 

kesilapan yg Amat besar membenarkan bukan warganegara bertugas di jabatan yg Amat penting, maruah, imej dan rahsia perundangan negara...
mujurlah ianya terkesan selepas melibatkan kes berprofil tinggi..
siasat siapa lg yg bukan warga did jabatan kerajaan...
ramai lg warga Malaysia yg mampu dan layak utk jawatan sedemikian...
proses siasatan telah mengheretkan bosnya sekali... fair..
bukan sekadar tamatkan kontrak jawatan dan pr, mungkin jika benar kesalahan itu berlaku, haramkan dari masuk ke negara INI...senaraikan sbg tetamu yg tidal dikehendaki...
Suka · Balas · 2 · 1 jam
Tekalih Tunsang
Makna nya dalam kertas pertuduhan tu,mengandungi jembalang2 yg merosakkan negara,sbb tu xboleh bocor...sekrang ni,rakyat bdoa je,supaya jembalang tu esok lusa dpanah petir...kahkahkahkah...
Suka · Balas · 5 · 1 jam
Amin Mohd · 

Zack Pe , semua yang terlibat dalam penyiasatan 1MDB dipecat, ditukarkan dan kini ditarik balik PR. Maknanya mereka yang menjadi mangsa bukan terlibat dalam 1MDB tapi menyoal, dan menyiasat mereka yang terlibat dalam 1MDB. Apa kesalahan mereka. Kalau ikut FB status awak seorang terpelajar kelulusan Universiti. Tapi sedihnya kau sendiri tidak tahu buat perbandingan antara yang bersalah dan yang cuba membetulkan kesalahan. Betulkah status awak dalam FB.
Wargaasing berkerja di Malaysia, itu rezeki Allah dah tetapkan dan manusia yang bongkak sombong dan merasakan diri mereka MAHA BERKUASA mengambil tindakan keatas manusia kerdil adalah tidak tepat. Kalau seseorang itu melakukan kesalahan Undang2 kan dah ada, tuduh lah dia dlam Mahkamah dan berinya peluang untuk bersihkan nama mereka bukan cari kertas pertuduhan dan musnahkannya sambil pecat semua yang terbabit dalam membuat pertuduhan.
Di dunia boleh terlepas dan di Mahkamah Allah swt bagaimana?
Suka · Balas · 7 · 46 min

0 ulasan "JADI MANGSA KERANA NAJIB", Baca atau Masukkan Komentar

Catat Ulasan